KULAI - Keputusan untuk menutup kelas atau sekolah akibat penularan virus influenza yang menjangkiti pelajar perlu dirujuk pejabat kesihatan daerah dan Jabatan Kesihatan negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, setakat ini hanya dua kelas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth, Pulau Pinang ditutup selepas lima murid di situ disahkan positif influenza.

Menurutnya, dua kelas terbabit ditutup pada 8 Januari lalu dan sehingga kini masih lagi belum dibuka bagi membolehkan langkah pengawalan dan pemantauan dilaksanakan.

“Kementerian Pendidikan memandang serius penyebaran virus influenza dalam kalangan pelajar pada masa kini dengan mengambil pemantauan sewajarnya selain bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan.

“Ibu bapa diingatkan memantau anak-anak. Sekiranya terdapat tanda jangkitan, anak-anak perlu dihantar segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya selepas Program SWM Kasih Back to School Wilayah Johor Selatan di Sekolah (SK) Kebangsaan Murni Jaya di sini semalam.

Artikel berkaitan:

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Pegawai kesihatan pantau sekolah yang dikesan wujud jangkitan influenza A

Selangor pantau penularan virus influenza, akan tutup sekolah jika jangkitan makin serius