JITRA – Inilah kejutan yang paling bermakna dalam hidup saya.

Demikian kata Pegawai School Improvement Specialist Coach (SISC), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu, Cikgu Noor Laily Md Salleh ketika majlis perpisahannya, baru-baru ini.

Cikgu Noor Laily yang juga bekas guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior berkata, kehadiran ayah memang diluar jangkaan.

“Ayah, Md Salleh Hashim sudah uzur dan kini berkerusi roda.  

Bila ayah dalam keadaan begini, saya akur yang beliau tidak dapat datang pada hari bersejarah berkenaan.

“Tapi, saya benar-benar tak sangka. Ayah sanggup datang dari jauh demi saya. Terima kasih ayah,” katanya selepas berakhir majlis persaraan yang diadakan di Dewan PPD Kubang Pasu.

Md Salleh merupakan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru, Alor Star, Kedah.

Beliau hadir bersama-sama anaknya, Fauziah yang juga kakak kepada Cikgu Noor Laily.  

Kehadiran Md Salleh pada majlis persaraan anaknya itu turut meninggalkan momen indah apabila berpeluang menyaksikan Cikgu Noor Laily ‘punch out’ kad perakam waktu pada hari terakhirnya.

Selain ahli keluarga Cikgu Noor Laily, tetamu lain yang turut hadir ialah Pegawai PPD Kubang Pasu, Mahadzir Ismail; pegawai-pegawai PPD dan rakan guru dari SMK Pulau Nyior.

Terdahulu, Cikgu Noor Laily telah berada dalam dunia pendidikan selama 38 tahun dan pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah.

Antaranya SK Pedu, SK Megat Dewa, SK Jitra, SMK Megat Dewa dan SMK Pulau Nyior dan yang terakhir di PPD Kubang Pasu.

Didoakan semoga Cikgu Noor Laily terus cemerlang dan sentiasa bahagia di sisi keluarga tercinta.

Jasa dan sumbangan cikgu akan dikenang sampai bila-bila dan hanya Allah  yang mampu membalasnya.

Artikel menarik

Agong bangga dengan pencapaian Cikgu Sam. Ini ucapan baginda kepada guru SK Runchang ini

Pernah lahir hasrat mahu berhenti setelah tiga bulan jadi guru, akhirnya kerana mereka, Cikgu Sam...

Belajar dengan ukulele, setiap murid Orang Asli Cikgu Sam ada tablet! - Kagum usaha guru Adiwira ini

Cikgu Samuel ketengahkan kemenjadian murid orang asli ke peringkat antarabangsa