TANAH MERAH - Dua pelajar maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan van di Kusial Bharu-Jalan Gual Ipoh di sini, petang semalam.

Mangsa, Muhammad Alif Najmi Imran, 16, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Mohamad Ziyadi Nik Mustapha, 16, meninggal di Hospital Tanah Merah (HTM).

Kedua-duanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Ipoh mengalami kecederaan parah di kepala.

Dalam kejadian jam 3.52 petang itu, motosikal ditunggang Muhammad Alif Najmi yang membonceng Mohamad Ziyadi dalam perjalanan dari Gual Ipoh ke Kusial Bharu, manakala van dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

Kejadian berlaku ketika motosikal ditunggang Muhammad Alif Najmi dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan van terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, pemandu van turut mendapatkan rawatan di HTM.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

 

ARTIKEL MENARIK:

MPN agih 40 kek ke seluruh sekolah di Gua Musang sempena sambutan hari guru (4 foto)

Tangisan bayi pada tengah malam buat Ustaz Malik cari pemilik sebenar, rupa-rupanya suara itu...

'Cikgu tak tahu, kami nak hargai jasa guru' - Tindakan ibu bapa ini buat guru terkejut (11 foto)