BACHOK - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunong menerima sumbangan daripada bekas pelajarnya dalam Majlis Amal Alumni dan Sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Mohd Zulkarnain Yusoff berkata, majlis itu bukan sahaja menghimpunkan alumni, malah membantu mengisi tabung PIBG.

Menurutnya, bekas pelajar yang berjaya dalam kawasan setempat dan di perantauan prihatin untuk membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah.

“Dana yang ada ini akan digunakan untuk menggerakkan program kecemerlangan akademik.

“Saya berbesar hati dengan komitmen tinggi alumni dalam usaha membantu generasi baharu meraih kejayaan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga digalakkan menyumbang kepada dana PIBG dari masa ke masa.

ARTIKEL MENARIK:

Cikgu ada ke buat macam ni, tebang balak nak buat dewan sekolah? Jalan ke sekolah mandi selut

Murid Tahap Satu masih belum kuasai Matematik? Guru subjek ini kongsi tip untuk ibu ayah ikut

Murid lain sibuk bungkus makanan dan balik rumah, murid ini capai penyapu bersihkan dewan