AYER LANAS - Seramai 115 pelajar dari enam sekolah di daerah ini berpeluang merasai pengalaman seperti menunaikan haji sebenar menerusi Program Manasik Haji Perdana Peringkat PPD Jeli 2019 yang dianjurkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas di sini.

Penyelaras program, Faridah Razali berkata, Manasik Haji Perdana itu diadakan untuk memberi pendedahan teori dan praktikal mengerjakan ibadah haji kepada pelajar terlibat.

“Usaha ini antara langkah untuk tingkatkan kefahaman mereka tentang ibadah haji apabila berpeluang melakukan sendiri setiap rukun yang ditetapkan.

“Mereka juga dapat rasai suasana ketika menunaikan haji kerana kita sediakan ruang-ruang khas untuk mereka melakukan rukun-rukun secara praktikal,” katanya kepada Sinar Harian.

Faridah berkata, program itu melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima dari enam sekolah iaitu SMK Ayer Lanas, SMK Jeli, SMK Jeli 2, SMK Kuala Balah, SMK Batu Melintang dan Sekolah Menengah Sains Jeli.

Menurutnya, program berkenaan juga sebagai proses ulang kaji kepada salah satu sukatan pelajaran mereka di bawah tajuk 'Lambaian Kaabah' yang dipelajari ketika di Tingkatan Empat.

Katanya, program dengan kerjasama Tabung Haji Cawangan Jeli itu diharap dapat diaplikasikan dengan baik oleh semua pelajar terutama ketika menjawab soalan berkaitan ibadah haji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

Artikel menarik:

Ibu, dua anak maut ketika dalam perjalanan ke sekolah dilanggar kereta penyeludup ketum

Lapan cara galakkan anak berpuasa dengan seronok tanpa paksaan

Terpaksa bersekolah sehingga tahun enam... walaupun kurang upaya tak halang Hafizal jadi DJ

Calon PT3 SMK Gunung Rapat ini teruja diserap ke program pelapis kebangsaan - Ini reaksinya

'Untuk sementara, Azeem berlatih di SMK Gunung Rapat sesuai keadaannya untuk ambil PT3'