KOTA BHARU - Seramai 450 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 3 menerima kunjungan jalinan kerjasama dari Kumpulan Media Karangkraf dan Sinar Harian dalam Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca dan Program Kem Dekad Membaca 2020-2030 Peringkat Sekolah.

Kunjungan yang diketuai Pengurus Sinar Harian Cawangan Kelantan, Surena Mohd Nor itu telah menyemarakkan lagi kempen tersebut agar budaya membaca menjadi amalan dalam kalangan warga sekolah.

Majlis Pelancaran kempen galakan membaca dan program Kem Dekad Membaca 2020-2030 itu juga turut diadakan bersama perasmian penjenamaan semula pusat sumber sekolah dengan nama baharunya iaitu Pusat Sumber Yuri yang mengambil inspirasi nama bunga lili dalam bahasa Jepun.

Warga SK Sultan Ismail 3 bersama wakil Sinar Harian Edisi Kelantan pada Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca dan Program Kem Dekad Membaca 2020-2030.

Perasmian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Mohd Azizi Zainudin.

Guru Besar SK Sultan Ismail 3, Safura Abdullah berkata, sekolah itu berpotensi untuk lebih cemerlang kerana mempunyai kekuatan daripada segi guru yang cemerlang, komited serta sentiasa bekerjasama untuk kecemerlangan sekolah.

“Harapan saya untuk membangunkan sekolah ini dalam tiga aspek utama iaitu kokurikulum, bidang hal ehwal murid dan ketiga pula bidang kurikulum, selain mencapai pelan strategik jangka panjang tiga tahun iaitu menjadi sekolah yang gah di Kota Bharu dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan kerana kehebatan kemenjadian muridnya,” katanya.

Mohd Azizi menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca dan Program Kem Dekad Membaca 2020-2030.

Tetamu kehormat dan warga sekolah SK Ismail 3 selepas merasmikan Pusat Sumber Yuri.

Peserta Kem Perdana Badan Beruniform Peringkat Negeri yang dianjurkan SK Sultan Ismail 3.

Kunjungan Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu ke SK Sultan Ismail 3.

Surena (tiga kanan) bersama warga SK Sultan Ismail 3 ketika melawat Pusat Sumber Yuri.