PASIR PUTEH - Kelab Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan (SK) Panggong, di sini bakal mengadakan Karnival Jom Ceria selama dua bhari bermula 28 April ini.

Program itu adalah kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Karnival dua hari itu akan bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah malam dengan pelbagai pengisian menarik.

Antara aktiviti yang disediakan adalah dikir barat, soopa doopa, menjaring gol terbanyak, kereta dan motor elektrik, pameran agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba dan Penyelamat Malaysia, pemeriksaan kesihatan, promosi Bank Islam dan sebagainya.

Justeru orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut yang turut menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk pengunjung.

Artikel menarik:

'Cikgu tak tahu, kami nak hargai jasa guru' - Tindakan ibu bapa  ini buat guru terkejut (11 foto)

274 pelajar berhempas pulas empat hari untuk lepasi ujian kenaikan pangkat

Hasrat melancong ke China lebur, guru muda ini ditipu RM23,000

'Ibarat lukis atas kanvas, guru perlu sabar berdepan karenah murid' - Ini pesan Tokoh Guru 2019

Musibah keluarga pelajar SMK Setia Alam dan SK Setia Alam.. sumbangan orang ramai dialu-alukan