KUALA LUMPUR - Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) semalam menawarkan dua biasiswa untuk Pengajian Jepun untuk mahasiswa dan Latihan Perguruan untuk guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun.

Dalam satu kenyataan semalam Kedutaan Jepun di Malaysia menyatakan permohonan kursus bukan ijazah untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan itu, dibuka sehingga 14 Feb 2020.

"Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran 117,000 yen (kira-kira RM4,400) akan diberikan kepada setiap penerima biasiswa Pengajian Jepun dan 143,000 yen (kira-kira RM5,400) untuk setiap penerima biasiswa Latihan Perguruan (jumlah tertakluk kepada perubahan).

"Yuran ujian kemasukan, matrikulasi dan tuisyen di universiti akan dikecualikan. Tiket penerbangan pergi dan balik juga disediakan,” menurut kenyataan itu.

Pemohon bagi Pengajian Jepun mestilah berumur antara 18-29 tahun pada 1 April 2020 (dilahirkan antara 2 April 1990 dan 1 April 2002) dan mestilah mahasiswa yang berada di tahun kedua dan ketiga (bukan pelajar di tahun akhir) yang pengkhususan mereka dalam Bahasa Jepun atau Kebudayaan Jepun selain di universiti di Jepun.

Pelajar terbabit mestilah mahir dalam bahasa Jepun dan permohonan perlu sampai ke Kedutaan Jepun selewatnya jam 4 petang pada 14 Feb 2020. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2177-2600 (ext: 1146) atau layari, https://www.emb-japan.go.jp/iptr_en/scholarship.html.

Kenyataan itu juga menyatakan bagi program Latihan Perguruan, pemohon mestilah berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2020 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1985), dan mestilah siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang telah bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau kakitangan akademik di Maktab Perguruan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja.

Pemohon juga mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.

"Pemohonan perlu dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari http://jpa.gov.my atau hubungi "Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan” di  03-8885-3546 atau [email protected]

"Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui email dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan Mac,” menurut kenyataan itu lagi. - Bernama

Tip Menarik:

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip mudah ingat sifir 2,5,10 dan 11 cara Teacher Shaza

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid-murid pasti dapat skor Matematik nanti