KUALA LUMPUR - Komited dalam memberi sumbangan berterusan pada pembangunan nutrisi sukan di Jepun sejak tahun 2003 melalui Projek Victory, Kumpulan Ajinomoto kini mengembangkan projek tersebut ke negara-negara ASEAN termasuk Malaysia.

Di Malaysia, Projek Kesedaran Nutrisi Sukan diperkenalkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB).

Projek itu bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar yang aktif bersukan mengenai kepentingan nutrisi dan makanan seimbang.

Antara yang dilakukan ialah mengadakan ceramah pendidikan nutrisi sukan, hidangan makanan tengah hari yang seimbang, dan perkongsian maklumat melalui poster serta portal.

Pra pelancaran projek itu diadakan di SSBJ dengan disaksikan Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, Suhaimi Sun Abdullah; Pengetua SSBJ, Ithnin Mahadi serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Naoko Yamamoto.

Projek Victory itu bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan atlet tetapi juga masyarakat.

Kumpulan Ajinomoto ialah pengeluar global produk yang berasaskan asid amino berkualiti tinggi dan telah menyumbang kepada makanan, kesihatan dan nutrisi melalui teknologi canggih dalam sains amino.

Dengan hasil kejayaannya yang luar biasa, Ajinomoto Jepun telah memperluas sokongan nutrisi dengan menaja acara sukan global iaitu Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil; Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN di Malaysia; Sukan SEA Semasa dan Sukan Para ASEAN di Filipina serta Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal diadakan di Jepun.

Atlet SSBJ menikmati makan tengah hari yang seimbang.

Artikel Menarik:

Semakan keputusan UPSR dan PASR, 21 November ini

Tak berganjak walau seminit...kesetiaan murid UPSR temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak

'Perlu tegas dan serius' - Ini nasihat guru otai buat mereka yang bakal bergelar cikgu

Guru ini kongsi enam tip untuk mak ayah buat ketika hadir hari orientasi anak-anak