FABER-CASTELL Malaysia melancarkan kempen Kembali Ke Sekolah di KidZania, 19 November lalu dengan tumpuan memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak.

Pengarah Urusan A W Faber-Castell Malaysia Sdn Bhd, Andrew Woon berkata, pilihan produk alat-alat tulis yang tepat adalah faktor penting yang akan menyumbang kepada perkembangan otak anak-anak kecil.

"Set alat tulis yang baik akan mempertingkatkan pengalaman pembelajaran dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

"Contohnya, pensel Tri-Grip dan Grasp Crayon direka khas untuk penggunaan yang selesa supaya kanak-kanak suka menggunakannya dan membangkitkan minat mereka untuk belajar,” kata Andrew.

Turut hadir pada pelancaran kempen Kembali Ke Sekolah ialah Mayor of KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad.

Dalam pada itu, berdasarkan kualiti dan kesungguhan penyelidikan, Faber- Castell telah menghasilkan produk rekaan ergonomik.

Matlamat Faber-Castell menawarkan pengalaman kreatif yang akan memberikan keseronokan dan inspirasi kepada pelanggan.

ANDREW (lima dari kiri) dan Shahrul Nizar (empat dari kiri) ketika pelancaran Castle Heroes Display.

Castle Heroes

Kempen Kembali Ke Sekolah tahun ini bertema Castle Heroes, yang menampilkan watak lelaki bernama Bernard dan watak perempuan yang bernama Cassandra.

Kedua-dua watak Castle Heroes ini akan memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi mereka dalam mengatasi halangan dan cabaran.

Sempena pelancaran kempen Kembali ke Sekolah, empat set Castle Heroes yang memberikan inspirasi telah diperkenalkan.

PERSEMBAHAN pembukaan dari kumpulan Faber-Castell Castle Heroes.

Set tersebut merangkumi set keperluan sekolah yang lengkap dengan alat yang diperlukan untuk kegunaan di sekolah, set melukis yang termasuk satu set kad lukisan kreatif, set pensel mekanikal dan satu set pemadam yang mengandungi tiga pemadam.

Selain set Castle Heroes, Faber-Castell Malaysia juga memperkenalkan beberapa set Kembali ke Sekolah, set promosi dan set hadiah yang ideal untuk dijadikan hadiah pada musim cuti ini.

Antaranya termasuklah produk baharu yang inovatif seperti Buku Mewarna Colour to Life dengan Connector Pens; My Colour Companion First Grasp Crayons dengan sebuah buku mewarna dihasilkan khusus untuk anak-anak kecil berusia tiga hingga empat tahun dan pensel Tri-Writing Colour Design berbentuk tiga segi yang menarik, amat sesuai untuk menulis dan melukis.

Colour to Life ialah aplikasi digital yang terkini daripada Faber-Castell untuk membawa kemajuan dalam aktiviti mewarna dan melukis.

Set ini termasuk buku pewarna, set warna Connector Pens dan aplikasi hidupkan watak-watak buku dengan pewarna.

Buku berwarna Augmented Reality itu adalah yang pertama seumpamanya yang dihasilkan oleh syarikat alat tulis.

Sempena pelancaran kempen Kembali ke Sekolah juga, seramai 24 kanak-kanak, berumur dalam lingkungan empat hingga 16 tahun dari Trinity Community Children’s Home membuat persembahan.

Seramai 24 kanak-kanak dari Trinity Community Children’s Home membuat persembahan.

Kanak-kanak di Rumah kebajikan tersebut juga diberi tajaan bekalan alat tulis selama setahun oleh Faber-Castell Malaysia untuk memenuhi program tanggungjawab sosial korporat.

Pelbagai aktiviti dilakukan pada kempen kali ini untuk memupuk kreativiti seperti peraduan Spot, Snap and Win, aktiviti mewarna di lokasi dan bengkel kreatif Tack-It di lokasi beli-belah terpilih di seluruh negara.

Faber-Castell Malaysia turut bekerjasama dengan KidZania untuk menawarkan diskaun istimewa bagi tiket masuk ke KidZania dengan pembelian pensel warna Slim-Flexi atau pensel warna Watercolour Faber-Castell.

Dengan setiap resit pembelian, pelanggan layak membeli sehingga empat tiket pada diskaun 35 peratus dari 1 November hingga 31 Disember ini serta diskaun 40 peratus dari 1 Januari hingga 31 Mac 2020.

Di samping itu, satu peraduan mewarna yang dianjurkan oleh Faber- Castell juga akan berlangsung dari 1 hingga 30 November 2019, dengan lakaran lukisan boleh didapati dari KidZania atau dengan memuat turun dari Facebook Faber-Castell Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kempen Kembali Ke Sekolah Faber-Castell Malaysia, orang ramai boleh log masuk ke laman Facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di www.facebook.com/fabercastell.malaysia/.

Watak Bernard (kiri) dan Cassandra bersama produk Faber-Castell.

Artikel Menarik:

10 petua untuk guru yang bakal berpindah ke sekolah baru tahun depan

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

12 tip untuk guru baru dan yang bakal berpindah - Faham dan hadam

'Lima pesan saya kepada guru-guru yang baru posting'

Cikgu sebak bila baca kad pemberian murid Tahun Enam...tak sangka ini yang anak didiknya tulis