KUALA LUMPUR - Yakult Malaysia Sdn Bhd, pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganjurkan Program Tanggungjawab Korporat “Kita Jaga Kita” di 20 buah sekolah terpilih seluruh negara yang melibatkan hampir 58,875 murid.

Program yang dianjurkan dengan matlamat untuk menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh KPM bagi memastikan semua sekolah di Malaysia mematuhi segala SOP yang ditetapkan dalam pelaksanaan pembukaan semua sekolah sebelum ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sekolah-sekolah yang terlibat.

Antaranya, penyediaan 1,660 pelekat yang mempunyai mesej berkaitan penjarakan fizikal dan langkah penjagaan kesihatan yang baik bagi menangani penularan wabak Covid 19 di sekolah; serta menaja semburan nyahkuman keseluruhan sekolah di lapan buah sekolah terpilih seluruh Selangor.

Aktiviti-aktiviti yang telah di anjurkan ini merupakan langkah terbaik bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di sekolah.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Yakult melalui Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, program tanggungjawab korporat itu di jalankan selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu Perubatan Pencegahan di mana pencegahan lebih baik dari merawat dan kesihatan usus yang baik akan dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan.

“Yakult adalah sejenis minuman probiotik yang mengandungi sekurang-kurangnya 30 bilion kultur probiotik hidup dan lactobacillus casei shirota strain yang terbukti secara saintifik membantu fungsi usus secara keseluruhan," katanya.

Seterusnya, program berkenaan sebagai usaha Yakult yang sentiasa menyokong apa jua aktiviti mahupun program yang dianjurkan di peringkat KPM.

Majlis penghargaan yang di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru menyaksikan sumbangan 2397 botol Yakult kepada semua pelajar dan guru-guru oleh pihak Yakult.

Turut hadir, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada dan pengurusan kanan SMK Kepong Baru.

Tip lain:

'Garis Bahagi' mudahkan murid Tahun Dua kuasai kemahiran asas bahagi

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2021 - Kuasai Kertas 1, 2 dan 3 untuk dapat markah penuh