BEIJING - Sehingga Mac, jumlah pengguna pembelajaran dalam talian di China melonjak kepada 423 juta, meningkat 110.2 peratus berbanding akhir 2018, menurut laporan mengenai kadar penggunaan internet di negara ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan semalam, penggunaan pembelajaran  dalam talian menyumbang 46.8 peratus daripada populasi warga siber, menyaksikan peningkatan mendadak susulan wabak COVID-19.

Berikutan pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguhkan, 265 juta pelajar beralih ke kursus dalam talian, menjadikan jumlah pengguna pelbagai aplikasi pendidikan masing-masing meningkat lebih 10 juta.- Bernama

Artikel berkaitan:

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi