BEIJING - Golongan guru di China tidak dibenarkan menggunakan aplikasi mesej Wechat dan QQ untuk memberi kerja rumah atau meminta ibu bapa memberi gred.

Arahan baharu itu dikeluarkan Kementerian Pendidikan selepas menerima cadangan sebuah jawatankuasa yang mendapati tanggungjawab memberi gred sepatutnya digalas oleh guru.

Selain itu, golongan pengajar itu juga disaran untuk memberi kerja rumah tanpa menggunakan peralatan elektronik bagi memastikan pelajar yang tidak berkemampuan atau mempunyai alat sedemikian dapat menyiapkan kerja rumah mereka.