MIZORAM - Seorang budak lelaki berusia 6 tahun dari India menjadi sensasi internet berikutan satu kisah unik.

Derek C Lalchhanhima dari daerah Sairang menjadi perbualan apabila gambarnya merayu kakitangan hospital menyelamatkan anak ayam yang telah dilanggarnya secara tidak sengaja menjadi tular di media sosial.

Menurut ayah Lalchhanhima, Dhiraj Chhetri, anaknya pulang ke rumah membawa seekor anak ayam milik jiran yang telah dilanggarnya secara tidak sengaja ketika menunggang basikal.

Lalchhanhima yang tidak faham bahawa anak ayam tersebut telah mati, merayu agar ia dibawa ke hospital namun bapanya menyuruhnya pergi sendiri.

Nekad untuk menyelamatkan anak ayam itu, Lalchhanhima pergi ke hospital berbekal sedikit wang.

Hampa apabila diberitahu tiada apa dapat dilakukan, dia pulang dan berazam mendapatkan bantuan sebelum ibu bapanya sekali lagi menjelaskan anak ayam itu telah mati.

Kisah Lalchhanhima turut menarik perhatian pihak sekolahnya yang memberi penghargaan kepada kanak-kanak itu berikutan kesungguhan dan kemuliaan hatinya. - Agensi

Artikel menarik

Pelajar ini naik jet peribadi, kaya di Instagram.. akhirnya dedah bagaimana edit semua tu

Murid mangsa langgar lari, gambar ibu tidur atas kubur tular buat netizen sebak

Gaduh dengan rakan, guru ini campurkan natrium nitrit dalam bubur kanak-kanak tadika

'Jika cikgu jadi guru pengiring, ini SOPnya' - Cikgu ini senarai panduan penting untuk guru baharu

10 tip ohsem ini mungkin membantu cikgu mengajar kelas belakang