UTTARAKHAND - Seorang gadis berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya dalam satu kejadian di Dehradun, India.

Kejadian berlaku sebulan lalu dan hanya terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis sebagai mana yang dilaporkan Agensi.

Susulan itu, polis menahan empat remaja lelaki untuk siasatan.

Polis turut menahan pengetua terbabit bersama isterinya dan warden asrama kerana bertindak merahsiakan kes berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta Perlindungan Kanak-Kanak (Posco).