PARIS - Perubahan dalam undang-undang di Perancis akan menyaksikan sekolah di negara itu tidak lagi boleh merujuk ibu bapa sebagai 'bapa' dan 'ibu' dalam dokumen murid yang akan digantikan dengan 'ibu bapa 1' dan 'ibu bapa 2'.

Pindaan itu telah diluluskan di Parlimen sebagai sebahagian daripada Undang-undang Amanah Sekolah kononnya bertujuan  mengurangkan diskriminasi dihadapi 'ibu bapa' sama jantina.

"Pendaftaran kelas, kebenaran ibu bapa dan segala borang rasmi lain hanya perlu ditulis ibu bapa 1 dan ibu bapa 2," menurut pindaan tersebut.

Parti Republique en Marche pimpinan Presiden Emmanel Macron turut menyokong perubahan itu yang akan mengakui kepelbagaian keluarga murid. - Daily Mail