SUVA - Kira-kira 1,010 sekolah di Vanuatu rosak selepas Siklon Tropika Harold membadai negara itu pada awal minggu lepas, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut akhbar harian Daily Post pada Selasa, Kementerian Pendidikan dan Latihan (MOET) berkata pihaknya sedang menilai sejauh mana kerosakan terhadap sekolah-sekolah berkenaan.

Majlis Menteri-Menteri (COM) meluluskan sekolah di wilayah Shefa dan Tafea boleh kembali beroperasi seperti biasa pada 14 April.

Bergsman Lati, ketua pengarah MOET, berkata pihak pengurusan sekolah diberikan masa sehingga hujung minggu ini untuk menyediakan pelan pengurusan kesihatan dan penjarakan sosial sebelum kelas boleh disambung semula pada 20 April minggu depan.

Berikutan keputusan COM untuk menyambung semula persekolahan, Menteri Pelajaran Jean Pierre Nirua menandatangani satu perintah untuk semua sekolah yang terjejas akibat Harold di Torba, Sanma, Malampa, Penama, Shefa dan Luganville terus ditutup sehingga diberitahu kelak. - Bernama

Artikel Menarik:

Tolong ingat pesan ini jika kita ada lebih

Mudahnya tanda jawapan murid di telefon, ini kaedahnya yang boleh cikgu cuba

'Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video' - Cikgu boleh cuba ni