LAMONGAN – Masalah obesiti yang dialami Silvia Dwi Susanti, penduduk Desa Cangkring, Kecamatan Bluluk, Lamongan menyebabkan remaja berusia 15 tahun ini terpaksa meninggalkan bangku sekolah.

Sejak kelas empat mahu memasuki kelas lima, Silvia yang mempunyai berat 179.3 kilogram dengan ketinggian 145 sentimeter sudah tidak mahu ke sekolah kerana malu dengan rakan-rakannya.

"Dia segan dengan tubuhnya yang besar. Selain itu, dia juga seorang yang pendiam dan pemalu," kata ibunya, Musri, 47.

Ketika ditanya sama ada mahu kembali ke sekolah, dia hanya menjawab 'ya'.

Remaja comel itu juga mengaku tidak akan malu lagi jika kembali ke sekolah.