BATU JAJAR - Rakaman video memaparkan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang  dibuli rakan-rakannya kerana kasut telah menjadi tular di media sosial.

Ramai pengguna media sosial yang sebak dengan jawapan  diberikan Nabila ketika menjawab ejekan sekumpulan kanak-kanak lain.

Dalam video itu, Nabila yang diejek rakan-rakannya supaya  membeli kasut baharu dengan lantang menjelaskan kepada rakan-rakannya tentang kesusahan dirinya  mencari wang sendiri dengan menjual barangan lusuh selepas ditinggalkan ibu bapanya.

Guru di Sekolah Dasar Negeri 1 Cibodas Pangauban  bagaimanapun menyatakan  insiden itu hanya gurauan antara murid-muridnya.

"Ia berlaku kerana Nabila terpijak kasut rakannya," jelas guru tersebut. - Agensi