MELBOURNE, AUSTRALIA - Selepas menjadi perhatian dunia, susulan tindakan beraninya memecahkan telur di kepala Senator Australia, Fraser Anning, pelajar sekolah tinggi ini digelar 'Egg Boy' memberi respon terhadap insiden tersebut.

Remaja berusia 17 tahun itu menyiarkan videonya memberikan nasihat sinis di media sosial.

Dalam video berdurasi tujuh saat itu, Will Connolly dengan sinis berkata: “Jangan baling telur ke arah ahli politik, atau anda akan dicekik oleh 30 bogan. Saya belajar setelah mengalaminya sendiri.”

Bogan, adalah bahasa lokal Australia, untuk menyebut ‘sampah masyarakat’.

Kelmarin, seorang remaja memecahkan telur di kepala Anning, berikutan kenyataan senator itu bersifat rasis berkaitan insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand pada Jumaat.

Insiden itu berlaku ketika Anning sedang ditemu bual dalam satu sidang akhbar dan tindakan remaja itu terakam di kamera media, kemudian videonya tular di media sosial turut menyaksikan Anning bertindak menampar muka remaja terbabit.

 

 

Namun, kejadian berkenaan berjaya dihentikan oleh beberapa individu yang berada di lokasi berkenaan.

Beri kejadian tersebut, pengikut remaja berkenaan di media sosial meningkat dengan mendadak dalam masa beberapa jam sahaja.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, Anning menyifatkan serangan itu disebabkan penghijrahan pendatang Islam yang semakin meningkat ke New Zealand.

Ini cerita sebenar yang berlaku pada hari kejadian pada 17 Mac, jam 5.50 petang waktu Malaysia.

Will Connolly yang kini dilabel sebagai 'Hero Dunia' bukan sahaja menjadi bualan semua tetapi pelajar sekolah tinggi ini menerima pelbagai hadiah dan penghargaan.

Dia yang kini digelar 'Egg Boy' turut menjadi subjek sebuah murah besar di tempat lahirnya sebagai tanda penghormatan atas tindakan bijaknya.

Sejak beberapa hari belakangan ini pelajar ini mendapat liputan meluas akhbar Washington Post, NPR dan New York Times.

Remaja Australia ini menjadi tular setelah dia memecahkan telur di belakang kepala ahli politik sayap kanan yang botak pada hujung minggu lalu.

Jom kita hayati apa yang berlaku pada hari tersebut.

Siapa sebenarnya Egg Boy ini?

Nama sebenarnya Will Connolly, 17, dan berasal dari Hampton, Melbourne. Sabtu lalu dia turut membawa sebiji telur.

Mengapa satu dunia bercakap mengenainya?

Sabtu lalu, Connolly dengan sebiji telurnya telah menyertai sidang media Parti Nasional Konservatif di Melbourne untuk melihat senator sayap kanan Fraser Anning, ahli politik yang dikritik teruk dengan kenyataannya berkenaan kejadian tembak Masjid Christchurch di New Zealand, Jumaat lalu.

Kejadian itu telah menyebabkan 50 meninggal manakala 50 lagi cedera.

Sebaik sahaja berita serangan yang mengejutkan itu, Anning terus menuduh golongan Muslim sebagai punca.

Kenyataan itu mewujudkan ketidakselesaan ramai orang termasuk juga Connolly.

Jadi dia mengambil tindakan dengan menyertai sidang media itu dengan menghempas telur di belakang kepada senator botak itu ketika beliau ditemubual wartawan.

Boleh dilihat jelas dalam video, Anning kemudian berpaling dan menumbuk pelajar itu di muka dan memukulnya sekali lagi sebelum dileraikan.

Beberapa lelaki dipercayai penyokong Anning memegang dan menundukkan Connolly.

Apa yang berlaku selepas kejadian itu?

Berdasarkan kenyataan media dari Polis Victoria, anggota polis telah menahan 'Egg Boy' tetapi dibebaskan tanpa sebarang caj kerana mereka akan membuat siasatan secara menyeluruh.

Berita lanjut boleh dibaca melalui link ini https://www.thecut.com/2019/03/egg-boy-will-connolly-australian-senator-fraser-anning.html