BERMULA semalam, tular beberapa keping gambar mayat seorang murid ditemui dalam keadaan amat mengerikan di sebuah lokasi di dalam negara.

Mayat murid itu ditemui pada waktu malam di kawasan semak dalam keadaan perut terbu rai.

Sebaran yang diterima melalui pesanan WhatsApp, turut disertakan dengan rakaman suara mengatakan satu kejadian disahkan polis berlaku di Masai, Johor.

SEMAKAN Sinar Harian terhadap gambar ngeri yang ditularkan itu mendapati kejadian berkenaan bukan berlaku di Malaysia.

Sebaliknya, satu kejadian bunuh melibatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang berlaku di Tanjung Medan, Riau, Indonesia pada 24 Oktober tahun lalu.

Kematian Alika Viana mendapat liputan meluas di negara berkenaan.

Seorang pekerja ladang ditahan selepas mengaku memperko sa mangsa sebelum membu nuhnya.

Berkenaan dengan rakaman suara pula, ia tidak mempunyai kaitan dengan sebaran gambar tersebut.