SERAMAI 185 Guru Besar hadir di Majlis Perasmian Penutupan Kolokium Kepimpinan Pendidikan, Majlis Guru Besar Selangor yang berlangsung di Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highland.

Majlis Kolokium yang membawa tema ‘Mendepani Pendidikan Dalam Era Normal Baharu’ berlangsung selama tiga hari sejak Selasa itu menyentuh tentang peranan guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Turut diadakan adalah Majlis Anugerah Kepimpinan Peringkat Negeri Selangor kepada 11 guru terpilih.

Majlis telah disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan I, Cikgu Muslimin Yahaya.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Izmi Ismail dan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, Zainuren Mohd Nor.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Tip lain:

Tip bantu murid lambat bercakap, menulis dan hiperaktif. Cikgu-cikgu boleh cuba aktiviti menarik ini

Sukar siapkan karangan ‘Kebaikan Berjimat Cermat’? Guru Bahasa Melayu ini kongsi empat isi penting