MATA anda pasti terpukau bila melihat koleksi kabinet berwarna hijau mint ini.

Tentu ramai mengandaikan bahawa kabinet berkenaan dihasilkan oleh tukang kayu profesional.

Namun, telahan anda silap. Ia sebenarnya kerja tangan sekumpulan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kurau, Perak.

Menurut Cikgu Mohd Saiful Bahrin Mohd Rani, kabinet yang dibina itu merupakan salah satu kerja amali bengkel bagi PVMA Furniture Operation.  

"Seramai 12 pelajar Tingkatan Lima (kabinet bawah) dan 12 pelajar Tingkatan Empat (kabinet atas) terlibat dalam pembuatan kabinet kayu ini.  

"Mereka menggunakan MDF dan Havea Wood sebagai bahan mentah.

"Sepanjang pembuatan, tiada masalah yang timbul kerana masing-masing telah memberi komitmen yang cukup bagus dan saling bekerjasama," kata Cikgu Mohd Saiful Bahrin yang juga guru Tingkatan Empat.

Selain beliau, guru lain yang turut membantu pelajar menyiapkan kabinet yang memakan masa tiga minggu itu adalah Cikgu Rohani Mohd Amin iaitu guru bagi pelajar Tingkatan Lima.

Cikgu Mohd Saiful Bahrin berkata, kabinet yang telah siap, akan dinilai oleh mereka dan seterusnya disimpan sebagai bahan pameran.

"Menerusi pembuatan kabinet ini, saya sangat berharap agar pelajar-pelajar ini dapat meneruskan level kemahiran kepada SKM 3 atau yang lebih tinggi.

"Dan berani menerokai bidang pembuatan perabot sebagai kerjaya," katanya.

Cikgu Mohd Saiful Bahrin (tengah, belakang) bersama sebahagian pelajar yang berjaya menghasilkan kabinet kayu yang cantik. 

Artikel menarik:

Kerana kemiskinan, pelajar pakai perca kain putih jahitan ibu ke sekolah. Cikgu Maisarah sebak

'Balik rumah, cikgu terus buka hadiah. Ada lori mainan, monyet dan sikat perapi dalam kotak kasut'