SITIAWAN - Pada 20 Mac lalu, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sitiawan yang dikenali Pusat Sumber Wadi 'Ilmi, telah mengadakan Program Sehari Bersama DBP Wilayah Utara.

Penyelaras Pusat Sumber Wadi 'Ilmi Seri Sitiawan, Junainah Abdul Jalel berkata, melalui program ini, pelbagai aktiviti permainan bahasa diadakan.

"Antaranya ialah shahibba coppe di mana murid-murid perlu menyusun perkataan daripada kad yang disediakan, permainan roda kata, langkah ria, bola beracun dan telefon karat.

"Kesemua permainan ini adalah berasakan permainan bahasa. Murid-murid dapat menambahkan kosa kata dan seterusnya dapat mengetahui penggunaan kata tersebut," katanya.

 

Katanya lagi, Program Sehari Bersama DBP Wialayah Utara ini adalah salah satu pengisian aktiviti Bulan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah di bawah anjuran Pusat Sumber Wadi 'ilmi Seri Sitiawan.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Abdul Wahab Hamzah.

Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian pihak DBP Wilayah Utara untuk bekerjasama dalam menjayakan aktiviti bersama murid-murid SK Seri Sitiawan.

Program ini bertujuan menggalakkan murid supaya mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan supaya dapat membina keyakinan diri serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang peranan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ini juga merupakan inisiatif Pusat Sumber Wadi 'Ilmi untuk menjemput pihak luar demi memberikan kelainan serta pertambahan ilmu dan pengalaman.