IPOH - Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan, Changkat Petai, Tapah Road kira-kira 80 kilometer dari sini,  diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 3 November depan, selepas terdapat kes jangkitan wabak Covid-19 di sekolah berkenaan.

Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi oleh pihak Kementerian Kesihatan dilakukan.

"Sepanjang tempoh penutupan, pentadbir sekolah perlu memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, dengan manual boleh dimuat naik menerusi laman sesawang www.moe.gov.my," katanya dalam satu kenyataan.

Arahan terbaharu itu menjadikan tiga sekolah di Perak pada masa ini ditutup setelah terdapat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar serta kakitangan sekolah.

Ia melibatkan SK Klian Pauh, Taiping yang ditutup sejak 22 Oktober lalu serta Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Taib, Chemor di sini yang ditutup sejak 21 Oktober lepas dan dijadual dibuka semula hari ini - BERNAMA

Tip penting

Tip skor Biologi SPM 2020. Cikgu Izzat Anwari kongsi lima rahsia

Tip skor A+ Kimia SPM 2020. Cemerlang milik anda!!

10 tip cemerlang dalam peperiksaan. Calon SPM, STPM 2020 boleh amalkan ini