IPOH - Semua sekolah di Perak dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar kelas berikutan gelombang suhu tinggi yang melanda negara pada masa kini.

Exco Pendidikan,Teknolgi, Sains dan Alam Sekitar Negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, rekod suhu yang mencecah hingga 35 darjah Celsius dibimbangi boleh menyebabkan strok haba kepada kalangan pelajar yang tidak mempunyai ketahanan badan.

“Saya telah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk meminta semua sekolah menimimumkan aktiviti luar kelas bagi mengelak pelajar terdedah cuaca panas yang terlalu lama.

“Kanak-kanak yang terdedah dengan panas terlalu lama lebih mudah terkena strok haba,” katanya.

Pihaknya menyokong usaha sebahagian sekolah yang mengambil langkah kempen minum air masak.

“Kempen seperti ini amat membantu ketika cuaca panas seperti ini. Selain sekolah, saya juga harap ibu bapa dapat mengehadkan masa anak mereka di luar rumah," katanya.

Ini pula nasihat Jabatan Metereologi kepada pihak sekolah yang ingin melakukan aktiviti luar.

Berita penuh boleh dibaca melalui link ini https://www.gpsbestari.com/berita/kuala-lumpur/pihak-sekolah-yang-akan-melakukan-aktiviti-luar-perlu-baca-saranan-jabatan-meteorologi-ini-1.922944