INI kronologi kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg Abong Muar, Mohammad Ashraf Hassan.

23 MAC 2019

Sekitar jam 2 petang, mangsa dikesan tidak bersama rakan lain di garisan penamat satu program larian. Selepas usaha menghubunginya gagal, pihak penganjur melakukan carian di kawasan laluan peserta tetapi tidak menemui mangsa.

Pada jam 1.09 pagi, rakan mangsa membuat satu laporan  polis di Balai Polis Gopeng.

24 MAC 2019

Hari pertama Operasi Menyelamat (Op SAR) digerakkan dengan membuka Pos Kawalan Tempat Kejadian  (PKTK) di Kampung Pintu Padang, Gopeng.

25 MAC 2019

Petunjuk pertama iaitu botol air minuman mangsa ditemui di lokasi terakhir mangsa dilihat  iaitu di sekitar check point 6.

Operasi mencari kemudian dipergiat dengan penyertaan 130 anggota pelbagai jabatan dan agensi.

26 MAC 2019

Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui sebarang petunjuk baharu, namun skop pencarian diperluas luar daripada petunjuk sebelum ini hingga 10km termasuklah di kawasan puncak Bukit Batu Putih pada ketinggian 90 meter yang sukar dilalui guna jalan biasa.

27 MAC 2019

Op SAR yang sepatutnya ditamatkan disambung sehingga Sabtu selepas mendapat arahan daripada Pejabat Menteri Besar  Perak.

30 MAC 2019

Polis menamatkan Op SAR selepas tujuh hari operasi digerakkan, namun usaha pencarian tetap diteruskan dalam skala yang kecil.

5 APRIL 2019

Semua masjid di Perak mengadakan solat hajat sejurus selesai solat Jumaat bagi mendoakan mangsa ditemui selamat.

6 APRIL 2019

Operasi mencari Mohammad Ashraf masih diteruskan dalam skala kecil dan sehingga kini belum ada sebarang petunjuk baharu yang boleh membawa kepada penemuan mangsa.

 

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya lihat di Facebook terlalu ramai buat ramalan.."

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Perak tidak pernah terima jawapan kehilangan Acap.. tular itu palsu