SITIAWAN - Pusat Sumber Wadi 'Ilmi Seri Sitiawan, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sitiawan telah mengadakan aktiviti resensi buku melalui 'Video Conference Calls' hasil kerjasama dengan BTPN Perak pada 18 Mac lalu.

Aktiviti ini pertama kali diadakan di sekolah ini. Ia juga merupakan aktiviti pembukaan Bulan Dekad Kebangsaan peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Wadi 'Ilmi Seri Sitiawan.

Guru besarnya, Faridah Ariffin berkata, itu adalah salah satu inisiatif pihak sekolah dan juga BTPN Perak untuk menjadikan teknologi terkini sebagai medan utama untuk menyebarkan maklumat selain daripada cara tradisonal baca dan kongsi.

"Melalui cara ini, perkongsian dari jauh dapat dimanfaatkan dengan menggunakan teknologi yang lebih cepat dan menarik," katanya.

Resensi Buku telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Perak, Mokhtar Wahid yang merupakan kepada murid-murid SK Seri Sitiawan melalui 'Video Conference Calls' secara langsung daripada BTPN Perak di Ipoh ke Lumut, Perak.

Penyelaras, Pusat Sumber Wadi 'Ilmi Seri Sitiawan, Junainah Abdul Jalel, turut berkata semuanya berjalan dengan baik dan murid-murid dan guru-guru serta seluruh warga sekolah sangat teruja dengan cara perkongsian seperti ini.

"Aktiviti ini dapat memberi ilmu baru kepada warga sekolah ini untuk sama-sama kita menyemarakkan budaya membaca di sekolah melalui perkongsian dengan menggunakan teknologi terkini.

"Bahan bacaan bukan sahaja boleh didapati melalui buku secara fizikal tetapi juga boleh diakses melalui media yg pelbagai seperti ebook, telefon dan sebagainya," jealsnya.

Katanya lagi, perkembangan teknologi terkini membolehkan kita mempelbagaikan cara mendapatkan maklumat bukan sahaja dengan cara tradisional malah penggunaan teknologi terkini dapat menyemarakkan lagi letusan teknologi di negara kita.

"Terima kasih juga kepada Pegawai PKG Ayer Tawar, Siti Faridah Nurumal yang banyak membantu dan juga guru besar yang sentiasa menyokong usaha-usaha seperti ini.

"Semoga dengan adanya perkongsian seperti ini menjadi satu suntikan baru kepada warga sekolah untuk menggunakan teknologi dengan sebaik dan seefektif yang boleh," katanya.

Menurut Junainah, Pusat Sumber Wadi 'Ilmi akan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi untuk menyemarakkan budaya membaca dan merealisasikan saranan kerajaan iaitu Malaysia Membaca.
 

 

 

Oleh,

Junainah Abdul Jalel,

Penyelaras, Pusat Sumber Wadi 'Ilmi Seri Sitiawan,  Manjung Raya, Perak.