GOPENG - Pernah terserempak dengan sekumpulan lelaki dan wanita berjubah putih naik ke bukit sambil membawa obor.

Itu antara pengalaman diceritakan seorang pengunjung ketika melalui kawasan Bukit Batu Putih, Kampung Pintu Padang kepada penduduk kampung, Johari Lukar beberapa tahun lalu.

Johari, 64, berkata, peristiwa itu diceritakan berlaku pada waktu menghampiri malam.

“Bila saya dengar tu, saya iyakan sahaja, orang itu mungkin tak tahu, tetapi penduduk sini tahu di atas itu memang ‘kampung mereka’,” katanya.

Menurutnya, insiden orang hilang atau sesat jarang berlaku walaupun banyak program dilakukan di kawasan rekreasi Gopeng.

“Aktiviti macam ni biasa dibuat di sini, kalau ada orang sesat atau hilang di puncak bukit pun mesti dapat jumpa dalam hari yang sama, tak pernah lagi sampai berhari-hari,” katanya.

Johari yang berpengalaman dalam aktviti pendakian dan rekreasi turut serta dalam misi pencarian bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg Abong, Muar, Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang ketika menyertai larian itu, Sabtu lalu.

Seorang lagi penduduk, Isa Ulong, 56, berkata, aktiviti mendaki di Bukit Batu Putih mula jadi tumpuan orang ramai lewat lima tahun belakangan ini apabila dimasukkan dalam pakej pelancongan.

Katanya, laluan pendakian ke puncak bukit tidaklah berbahaya, malah wanita, kanak-kanak dan mereka yang berusia selalu berkunjung ke sini sebagai aktiviti hujung minggu.

“Bila jadi kes hilang seperti ini, kita sebagai orang kampung terkejut, ramai juga yang anggap