IPOH - Pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan mengelirukan pelajar.

Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memperkenalkan semula dasar tersebut akan mengganggu usaha memperkasa pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Bukan itu sahaja, malah katanya, program pendidikan teknik dan vokasional (TVET) yang menjadi  keutamaan kerajaan juga akan turut terganggu dengan pengenalan PPSMI itu nanti.

"Pakar-pakar mengakui bahawa pengajaran sains dan matematik harus dilakukan dalam bahasan ibunda  masing-masing. Kita tidak mahu nanti bahasa Inggeris rosak, sains dan matematik hancur.

"Sekarang ini kita tengah memperkasakan STEM dan TVET. Jika pelajar keliru lagi saya fikir dasar  negara dan usaha ke arah negara maju akan terganggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Surau Al-Qomar, Taman Pengkalan Utama di sini semalam.

Abdul Aziz bagaimanapu berkata, keputusan membabitkan dasar-dasar penting perlu diputuskan  di dalam Majlis Pakatan Harapan (PH).

Artikel Lain:

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Jadilah ketua yang disukai, guru ini ada tipnya

Murid mengantuk dalam kelas...Cikgu Herryan Syah sediakan 11 idea menarik untuk guru-guru cuba

Cikgu Azlan kongsi tip mudah bina carta pai subjek Geografi

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid-murid pasti dapat skor Matematik nanti