BAGI menggalakkan murid melazimi bacaan al-quran bukan sahaja ketika berada disekolah mahupun di rumah, Guru Besar Sekolah Rendah Al-Hidayah (SRAH) Ipoh, Kerisisiah Mohd Daud melancarkan Program Maal Quran peringkat sekolah dalam Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan sekolah itu baru-baru ini.

Program itu dikelolakakan oleh panatia al-Quran.

Sempena program tersebut, setiap murid diminta membaca lima muka surat sehari di rumah bersama keluarga dan dibawah pantauan ibu bapa sehinggalah tamat khatam seluruh al-quran.

Selain itu, beberapa lagi ketetapan lain yang telah disusun oleh pihak sekolah untuk memastikan program ini berjaya dan mencapai objektifnya.

Kerisisiah

Kerisisiah turut menggalakkan murid-murid dan semua warga SRAH agar sentiasa berusaha untuk beramal dan bekerja demi mencari keredhaan Allah serta berharap bacaan al-quran itu menjadi rutin semua murid semasa di rumah.

Katanya lagi, kita harus meyakini bahawa setiap apa yang kita lakukan akan sentiasa diperhatikan oleh Allah. Pergerakan kita, perbuatan kita.

Sementara itu, Guru Kanan Panatia Al-Quran SRAH Ipoh, Mualim Razman berkata program tersebut telah bermula sejak tahun 2011 lagi.

"Ianya bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang mampu membaca 5 muka surat setiap hari sehingga khatam Al-Quran. Konsepnya pelajar membaca sendirian di  sekolah atau pun boleh juga membaca di rumah.

"Aktiviti ini akan di catat di dalam Buku Rekod Maal Quran dan ditandatangani oleh pihak ibubapa, sebagai bukti murid ini telah melaksanakan program tersebut," katanya.

Menurutnya, motto program ini ialah Rasulullah saw bersama Al-Quran, kedua- duanya tidak akan berpisah.

"Oleh sebab itulah, wawasan Program Maal Quran ini ialah hidup bersama Al- Quran seperti Rasulullah saw. Rasulullah saw sentiasa mengikuti Al-Quran dan

tidak pernah bercanggah dari Al-Quran dalam seluruh aspek kehidupannya.

"Selain Program Maal Quran, SRAH turut menetapkan tema pada setiap bulan dan tema bagi bulan Januari ialah Akidah Yang Sejahtera. Tema ini merupakan ciri pertama daripada 10 Ciri Peribadi Muslim yang kerap diulang-ulang kepada murid dan menjadi rujukan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah," katanya.

Murid bersama buku rekod Maal Quran masing-masing.

Murid mengisi sedikit masa ketika waktu rehat ke surau untuk membaca lima muka surat al-quran.

Razman (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada murid Tahun Enam Ibnu Taimiyah, Muhammad Rafiq Fahmi Ramli

REAKSI

Faqih Mujahid Shahidan, Tahun 1 Hud

"Selepas program ini dilancarkan, saya dapat mengisi masa terluang saya dengan bacaan al-quran. Selain dapat melancarkan bacaan, saya juga dapat mengajak adik-adik untuk sama-sama membaca bersama saya.

Munawwarah Amir, Tahun 3 Syuib

"Program Maal Quran ini sangat baik kerana ia dapat mengisi masa lapang saya. Kalau dulu saya banyak bermain, tetapi sekarang saya akan membaca al-quran dengan kawan-kawan.

Nur Izzah Khaliesah  Zahafidz, 4 Sulaiman

"Bagi saya program ini sangat bagus dan perlu diteruskan. Ianya dapat mendidik kami agar lebih akrab dengan al quran disamping mendidik kami agar menjadikan amalan membaca al quran sebagai rutin harian yang wajib dilaksanakan.

Artikel Menarik:

Usaha guru ini cipta konsep pusat sumber DIY tarik minat pelajar ke PSS

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

Menusuk kalbu doa habis kelas.. ustazah ini kongsi kuasai hati, minda. Murid pun seronok!

Seronok cikgu dengan baju batik pun siap menari pusing-pusing lagi

'Saya terpaksa tinggalkan kamu semua...maafkan cikgu, maafkan cikgu'