UNIVERSITI - Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan program Smart Master dan Smart PhD kepada para guru yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Penawaran program demikian adalah sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang mahu majoriti guru di negara inisekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana menjelang tahun 2030.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohamad Shatar Sabran berkata, UPSI mengambil langkah proaktif menzahirkan hasratkementerian itu dengan menyediakan tempat kepada guru-guru diseluruh negara yang mahu melanjutkan pengajian.

"Bagi menjimatkan tempoh pengajian, UPSI menawarkan beberapainsentif untuk kalangan guru seperti menawarkan program SmartMaster dan Smart PhD yang lebih efisyen dari aspek penjimatan masapengajian yang sekali gus menjimatkan pembiayaan kewangan guru.

"Menerusi program itu, pelajar Doktor Falsafah dapat menamatkanpengajian selama dua tahun berbanding empat tahun namakala sarjanaselama hanya setahun berbanding dua tahun," katanya.

Mohamad Shatar berkata demikian mengulas sasaran kenyataanMenteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang mahu melihat 60,000orang termasuk mahasiswa dan guru di seluruh negara untuk memilikiijazah doktor falsafah (PhD) menjelang 2023, manakala majoriti gurusekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana menjelang 2030.

Mengulas lanjut tentang program Smart Master dan Smart PhD,pelajar akan sentiasa dipantau melalui kerjasama antara pelajar danpenyelia tesis secara terperinci bagi memastikan tesis dapatdisiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

“Kos pengajian pascasiswazah tetap sama tetapi tempoh pengajianlebih cepat sekali gus dapat menjimatkan kos yang perlu ditanggungsekiranya tempoh pengajian lebih lama.

"Selain merupakan universiti yang menawarkan pengajianpascasiswazah yang berpatutan dan perlu direbut oleh para guru yangmahu melanjutkan pengajian, UPSI juga bersedia menyediakan latihandalaman di setiap zon," katanya.

Tambah Mohamad Shatar, para pelajar boleh untuk tidak datang keTanjung Malim sehingga terpaksa menyewa hotel kerana UPSI akanmengenal pasti lokasi guru-guru yang akan diselia berdasarkan zonyang dilaporkan.

 

 

 

Sumber: MyEdushare