Warga akademik Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) melancarkan program Infak Asnaf bagi membantu golongan asnaf yang menghadapi kesukaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim berkata, pemberian barangan keperluan harian amat penting bagi membantu golongan yang memerlukan untuk mereka meneruskan kehidupan.

Menurutnya, program tersebut disasarkan kepada golongan asnaf dalam daerah Muallim dan mukim Hulu Bernam terutama di Kalumpang.

Katanya, sebanyak 91 bungkusan barang keperluan dapur disediakan.

“Sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban warga asnaf terutama ketika sambutan Aidilfitri.

“Barang-barang tersebut diberikan kepada penerima di tiga mukim yang besar melibatkan 61 bungkusan di mukim Muallim, 20 bungkusan mukim Kalumpang dan 10 bungkusan lagi kepada pelajar-pelajar UPSI yang terkandas akibat PKPB," katanya semalam.

Sementara itu, pengurus program, Dr Abu Zarrin Selamat berkata, program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga pendidik Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI

“Sebanyak RM4,550 berjaya dikumpul bagi merealisasikan program tersebut untuk membeli barang-barang barang yang diperlukan,” katanya.

Menurutnya, semua  tempahan barangan dilakukan secara dalam talian menerusi Kedai Fresh Mart yang diusahakan sebuah koperasi di sini.

“Usaha yang kami lakukan ini bukan sahaja membantu golongan asnaf, tetapi secara tidak langsung membantu kelangsungan ekonomi perniagaan kecil bagi kawasan luar bandar ini.

“Kitaran perbelanjaan berlaku dalam kawasan tempatan maka kelangsungan kegiatan ekonomi terus berlaku bagi peniaga tempatan,” katanya.

Beliau berkata, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr Abd Hadi Burham turut meluangkan masa menyerahkan sumbangan berkenaan.            
 

Artikel berkaitan:

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsian Cikgu Fadhli Salleh tentang mereka

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi