SANGLANG - Lebih banyak sekolah di Daerah Sanglang dan kawasan berdekatan mungkin akan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) yang dikuatkuasakan sejak malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, Rozieana Ahmad berkata semalam, sebanyak dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang ditutup selama tujuh hari mulai hari ini.

“Berkemungkinan lebih banyak lagi sekolah yang terlibat (dalam kawasan COVID-19) akan ditutup,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Rozieana yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penutupan dua sekolah itu akan berlarutan selama dua minggu.

Katanya tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dibuat berdasarkan arahan yang diterima daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Bernama melaporkan Kerajaan Negeri Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivangga.

BERNAMA

Artikel menarik:

SK Kuala Sanglang, SMK Kuala Sanglang dan SJK Chin Hun diarah tutup

Murid ini bawa balik baki tembikai RMT untuk adik-adiknya di rumah. Cikgu Esmimi sebak!

'Inilah sembilan pesanan yang saya pegang ketika goyah, lemah dan berdepan ujian' - Ustazah Aminah