KANGAR - Seramai 3815 murid-murid Sekolah Rendah sekitar Perlis menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam.

Menurut Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail, daripada jumlah tersebut, seramai 3418 dari Sekolah Kebangsaan, 293 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 14 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan empat di Sekolah Pendidikan Khas.

Selain itu terdapat 90 murid sekolah swasta yang menduduki UPSR.

Izmi turut mengambil masa sekitar 20 minit untuk hadir di beberapa buah sekolah sekitar Perlis antaranya ialah Sekolah Seri Indera, Sekolah Kebangsaan Seri Tunjang dan Sekolah Pendidikan Khas.

Izmi berkata, tujuan kunjungan ke sekolah tersebut adalah untuk memberi sokongan moral sekali gus dapat membantu pencapaian UPSR lebih cemerlang tahun ni.