Kangar- Al-Quran mukjizat  yang agung yang diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk panduan umat manusia.

 Pada 1 Julai 2016,  berlangsung Majlis Khatam Al-Quran peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan  Seri Indera, Kangar, Perlis. Majlis yang berlangsung dengan gemilang ini diadakan di Dewan Merdeka.

Majlis yang merupakan kemuncak kepada Program Ihya’ Ramadhan 2016M/1437H  Sekolah Berprestasi Tinggi  ini disertai oleh 40 murid tahap  dari darjah 4 hingga 6. Ia dikelolakan sepenuhnya oleh Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab.

Selain daripada acara khatam Al-Quran, turut berlangsung sepanjang majlis ini ialah penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang Program Ihya’ Ramadhan, sumbangan anak yatim dan pelajar miskin serta  edaran kurma kepada murid-murid.