SIMPANG EMPAT - Kelab Chapter Perlis Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) UUM menyerahkan 650 Pelitup Muka untuk kegunaan murid Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis, baru-baru ini.

Pengarah programnya, Muhammad Saniy Samsudin 22 berkata, penyampaian pelitup muka diharap dapat membantu anak-anak yang bersekolah di luar bandar menggunakannya bagi menjaga kesihatan akibat Covid-19 yang melanda negara ini.

"Kami berharap murid SK Simpang Empat dapat menggunakannya sebagai keselamatan diri bagi mencegah jangkitan Covid-19," katanya.

Dalam pada itu, pelajar PJJ UUM, Nur Sabrina Samsudin 23 ketika ditemui berkata, pemilihan sekolah tersebut dibuat memandangkan kebanyakan muridnya adalah golongan B40.

"Kami berterima kasih kepada Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Simpang Empat, Dr Nor Hasimah Ismail dan guru besar, Tengku Tun Noorani Tengku Senawi kerana sudi bekerjasama dengan kami untuk menjalankan program ini," katanya.

Majlis turut dihadiri Penasihat dan ahli jawatankuasa Kelab Chapter Perlis serta ahli jawatankuasa PIBG SK Simpang Empat.

Artikel menarik:

Cikgu boleh ikut lapan tip ini, untuk miliki otak lebih sihat, bijak dan pandai

Gerobok Rezeki, SK Laksamana bantu murid asnaf