PERLIS – Pada 18 Oktober lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Keria telah mengadakan Kem Cemerlang Jawi yang dilaksanakan di sekolah tersebut. Program ini merupakan aktiviti pasca Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Objektif penganjuran program yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan bagi meningkatkan kefahaman jawi dalam kalangan murid yang lemah dalam menguasai subjek Jawi.  Modul Jawi dan soalan penilaian bagi saringan disediakan oleh pihak KPM untuk dilaksanakan bagi setiap murid.

Program ini dikendalikan oleh Guru Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Zuraimy. Seramai 80 orang murid telah terlibat dalam program ini secara berperingkat. Melalui program sebegini, murid turus jawi membantu kelompok murid yang agak lemah dalam menguasai jawi dalam bentuk kolaboratif. Semoga program dan usaha ini berterusan dalam menjadikan murid celik jawi.

 

 

Murid-murid tekun bersama-sama mempelajari Jawi agar dapat menguasai subjek ini dengan lebih cemerlang.