KANGAR - Kesengsaraan lebih 4 juta rakyat Syria yang mendapat perlindungan sementara di Idlib sempadan Turki turut mendapat perhatian murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ujung Batu, di sini mengumpulkan barang keperluan harian untuk dihantar ke sana.

Penghantaraan bantuan itu dilakukan melalui program “Aid Container For Syria” yang dianjurkan oleh Kitchen In Calais, sebuah pergerakan kemanusiaan membantu pelarian Syria yang diusahakan oleh rakyat keluarga Malaysia yang bermasutautin di United Kingdom.

Guru Besar SK Ujung Batu, Redzuan Ahmad berkata, penglibatan murid sekolah ini merupakan sebahagian dari proses penerapan nilai-nilai murni dalam membangunkan sahsiah mereka.

“Kita mengalakkan murid untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Tidak semestinya wang ringgit sahaja, malah dalam program ini mereka boleh menyumbang walaupun sebungkus mee segera atau sebuku sabun mandi.

"Murid juga turut mengambil inisiatif dengan mengumpul sumbangan dari jiran dan kenalan keluarga mereka bagi menjayakan usaha murni ini," katanya.

Menurutnya lagi, jenis barangan sumbangan ini ditentukan oleh pihak Kitchen In Calais mengikut keperluan dan keadaan di Syria.

"Kesemua sumbangan ini dijangka berlepas ke Syria pada penghujung Mac depan bagi penghantran kontena ke 9 sejak dilancarkan hampir setahun yang lalu.

"Program seperti ini mendapat kerjasama bukan sahaja dari pelajar malah guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga turut memainkan peranan yang penting," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kepada wakil Kitchen In Calais di utara, Unic Care Foundatian baru-baru ini.

Dianggarakan lebih seribu ringgit nilai sumbangan berjaya dikumpul dalam bentuk barang makanan dan keperluan peribadi seperti sabun mandi, ubat gigi, tuala wanita dan lampin pakai buang bayi.

Redzuan

Murid bersama barang untuk disumbangkan.

Redzuan menyampaikan sumbangan kepada CEO Unic Care Foundation, Kapten (B) Arizal Abdul Latif (berbaju merah) mewakili Kitchen in Calais.