SANGLANG - Bagi memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan Pusat Sumber Za’aba sebagai tempat rujukan bahan bacaan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Keria melancarkan empat program serentak pada 18 April lalu.

Program yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman dan Mini Pusat Sumber Za’aba itu babitkan Pelancaran Program Nilam, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M), VLE Frog dan Perasmian Mini Pusat Sumber.

Guru Perpustakaan dan Media, Noorshakila Abd Mutholib berkata, program dianjurkan dengan kerjasama Unit Pusat Sumber Za’aba SK Padang Keria, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Perpustakaan Desa Simpang Sanglang dan Perpustakaan Desa Simpang Empat.

Addnan melakukan gimik Pelancaran Program Nilam, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M), VLE Frog dan Perasmian Mini Pusat Sumber.

Guru Besar SK Padang Keria, Suzaide Mat Noh berkata, Program Nilam merupakan program yang dijalankan sepanjang tahun di mana murid dikehendaki membaca sama ada buku, bahan bukan buku dan perlu merekod dalam buku rekod Nilam.

"Program Nilam ini bukan saja untuk murid bahkan diperluaskan kepada semua guru dan staf sekolah.

"Ini bagi menggalakkan semua warga SK Padang Keria menjadikan membaca itu amalan harian tidak kira di mana mereka berada," katanya.

Persembahan murid, Anieq Merza Zulfhan Zaaba bertajuk 'Dengarlah ceritaku'.

Beliau berkata, melalui pembacaan warga SK Padang Keria dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan mempelajari sesuatu baharu, secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi akademik.

Kata beliau, dengan kewujudan mini Pusat Sumber Za'aba itu juga, secara tidak langsung murid dapat mengisi masa lapang terutama pada waktu rehat dengan membaca bahan bacaan yang disediakan.

Bacaan Al-Quran pembuka majlis oleh Naufal Azim Azmir

"Saya menghargai semua yang terbabit dalam melancarkan program bagus sebegini. Saya selaku wakil sekolah berharap sekiranya ada agensi luar yang ingin menyumbang bahan bacaan untuk sekolah ini, kami amat alukan," katanya.

Program dirasmikan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis, Addnan Abd Hamid.

Addnan melaksanakan Perasmian Mini Pusat Sumber Za’aba.

Turut hadir, Pegawai Teknologi Pendidikan, Azwadi Aziz dan Penolong Pustakawan, Zairina Hashim.

e/image.jpg

Sesi temu bual bersama krew SKPKChannel.

 Ruang bacaan.

Aktiviti Jom Baca bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Murid SK Padang Keria mendaftar untuk menjadi ahli Perpustakaan Desa Simpang Sanglang.

Antara pengisian aktiviti sepanjang Pelancaran Program Nilam, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M), VLE Frog dan Perasmian Mini Pusat Sumber..