BALIK PULAU - Cikgu Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Menurut sebuah portal, perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Menurut kakak mangsa, Madihah,  suami mangsa, Muhammad Naim Mahayadin menerima panggilan daripada IPD Kuala Kangsar memaklumkan isterinya yang dipercayai tersesat telah ditemui.

"Nur Farhana dijumpai kira-kira jam 4 petang tadi dan kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar.

Katanya lagi, keluarganya bersyukur dengan penemuan Nur Farhana.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua terutamanya Sinar Harian, polis, bomba, guru, keluarga, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan semua yang membantu dalam pencarian ini.

"Kami sekarang dalam perjalanan ke sana dan saya masih belum tahu keadaan adik saya lagi.. setakat ini dulu yang saya boleh bantu," katanya ketika dihubungi GPS Bestari.

Alhamdulillah, ini sebenarnya yang berlaku kepada Cikgu Nur Farhana, buat masa ini tidak banyak yang dia ingat.

Berita penuh boleh dibaca melalui link ini https://www.gpsbestari.com/berita/saya-hanya-ingat-banyak-jalan-kaki-tidur-kat-surau-dan-makan-roti-ustazah-nur-farhana-1.920966

 

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dia menangis ketika tidurkan anak kami' - Suami Cikgu Farhana yang masih hilang buka cerita