Kepala Batas - Kolej Komuniti Kepala Batas mencipta alat antikecurian kenderaan yang dikenal sebagai 'Car Anti Theft and Child Alert' bagi menangani peningkatan kes curi kenderaan dan pecah cermin kereta.

Inovasi baharu ciptaan pensyarah Teknologi Pembuatan kolej itu, Mohd Zaki Abdul Manap, 43, dibantu oleh tiga pelajarnya berjaya memenangi pingat emas pada Ekspo Inovasi dan Ciptaan Antarabangsa Macao (MiiEX) 2019  yang berlangsung pada 10 hingga 13 Oktober lalu.

Mohd Zaki

Mohd Zaki berkata inovasi alat berkenaan yang menggabungkan penggunaan sensor Objek Rangkaian Internet bagi membantu pengguna mengesan jika berlaku sebarang pergerakan atau cubaan jenayah ke atas kenderaan mereka yang boleh dikawal dari telefon pintar menerusi satu aplikasi yang dikenal sebagai 'MIT Inventor'.

Selain mengesan aktiviti kecurian, katanya alat itu juga dapat memberi amaran kepada ibu bapa sekiranya anak mereka tertinggal di dalam kereta.

"Idea untuk menghasilkan alat ini timbul selepas banyak kes pecah cermin kereta membabitkan pensyarah kolej komuniti ini yang kawasannya terbuka dan tidak berpagar.

"Di kawasan perumahan saya, kereta saya sendiri pun ada orang cuba pecahkan dan jiran yang maklumkan kepada saya,” katanya. - Bernama

Inovasi 'Car Anti Theft & Child Alert' menggabungkan penggunaan sensor Objek Rangkaian Internet (IoT) membantu pengguna mengesan jika berlaku sebarang pergerakan atau cubaan
jenayah ke atas kenderaan mereka.

Kecurian kenderaan boleh dikawal daripada telefon pintar menerusi satu aplikasi yang dikenali sebagai 'MIT Inventor'.