BUKIT MERTAJAM - Menggunakan hastag #Power, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Nurul Ilmi Bandar Perda ternyata mendapat aura berkenaan apabila berjaya merangkul gelaran johan dalam acara bola sepak dalam Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring 2019 peringkat Pasti kawasan Permatang Pauh yang diadakan di Kompleks Sukan MPSP, Bukit Mertajam baru-baru ini.

Selama hampir dua bulan pasukan itu dilatih oleh jurulatih Zamani Abdullah dan pasukan bola jaring oleh guru wanita Pasti berkenaan, ternyata usaha mereka membuahkan hasil.

Pasukan bola sepak Pasti Bandar Perda berjaya muncul johan menewaskan Pasti Mengkuang Titi A pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga pula dimenangi Pasti Kampung Petani sekali gus memaksa Pasti Permatang Pasir berpuas hati di tempat keempat.

Dalam acara bola jaring, Pasti Permatang Pasir muncul johan, menewaskan Pasti Sama Gagah yang muncul naib johan.

Bersama piala selaku juara bola sepak dan tempat keempat bagi bola jaring.

Tempat ketiga diraih Pasti Haji Zabidi dan Pasti Bandar Perda terpaksa berpuas dengan meraih keempat.

Pasti Bandar Perda turut berbangga apabila anak asuhan mereka, adik Haziq Danial dinobatkan sebagai pemain terbaik bola sepak.

Bagi kategori bola jaring pula, pemain terbaik dimenangi oleh adik Aleeyah Fatihah Khairul Shafiee dari Pasti Permatang Pasir.

Sebanyak 18 buah Pasti sekitar kawasan Permatang Pauh telah mengambil bahagian dengan kejohanan dirasmikan Ketua Pemuda Pas Permatang Pauh, Ustaz Muhammad Fawwaz Md Jan.

Pasti Bandar Perda turut merakamkan rasa terima kasih kepada syarikat Emas Anuar Bandar Perda yang telah menaja pakaian sukan untuk kejohanan ini.

Selain tajaan pakaian, Emas Anuar juga banyak membantu dan menyokong dalam urusan pengurusan dan pembelajaran anak-anak Pasti Bandar Perda.

Kanak-kanak bergambar di hadapan kedai Emas Anuar selaku penaja rasmi baju untuk Pasti Bandar Perda.

Haziq Danial dinobatkan sebagai pemain terbaik bola sepak bersama ayah dan ibu.

Pemain cilik yang mencuri tumpuan ketika perlawanan berlangsung.

Pengadil tidak jemu melayan karenah anak cilik bermain bola sepak.