SUNGAI BAKAP - Sebagai usaha meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah, Yayasan Komuniti Pulau Pinang telah menganjurkan program pemantapan bahasa Inggeris.

Program selama dua hari yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri di sini disertai 60 murid Tahun Empat dan Lima sekolah berkenaan.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Komuniti  Pulau Pinang, Suhaimi Abdullah berkata, program yang mendapat kerjasama Muafakat Komuniti Malaysia Sungai Duri dan Persatuan Ibu Bapa-Guru SK Sungai Duri itu bertujuan meningkatkan keyakinan murid dalam penggunaan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian.

"Ada di kalangan murid memahami dan boleh kuasai bahasa Inggeris namun  mereka tidak yakin untuk bertutur dan gunakan bahasa itu dalam aktiviti harian.

"Dengan aktiviti sebegini mengisi waktu lapang mereka dengan aktiviti berfaedah malah melalui inisiatif ini, kami berusaha menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris persekitaran yang melangkaui kelas, membina keyakinan dan bantu pemahaman serta bahasa pelajar,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian  penutup program berkenaan semalam.

Hadir sama Adun Sungai Bakap, Dr Amar Pritpal Abdullah. Sulaiman berkata, dengan penganjuran  program ini diharapkan para peserta dapat menggunakan bahasa  Inggeris sebagai bahasa kedua dalam pergaulan seharian sama ada dalam konteks formal atau tidak formal.