GUAR CHEMPEDAK - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak mengikuti program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di dewan sekolah berkenaan baru-baru ini.

Ketua Unit Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Yan Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut.

“Antaranya ialah ceramah, tayangan video, kuiz, pameran berkaitan dadah serta kesan pengambilan,” katanya.

Katanya, tujuan program ini adalah untuk memberi pendidikan pencegahan awal tentang bahaya dadah kepada pelajar.

Menurut Mohamad Farid, di dalam program ini pelajar turut didedahkan dengan langkah serta teknik untuk mengelak daripada pengaruh dadah.

“Sepanjang program juga kita turut memberi panduan asas kepada murid untuk mengenal serta mencegah dadah dalam kalangan rakan-rakan mereka,” katanya.