Pemilihan konsep untuk menghias ruang, lazimnya dipengaruhi oleh trend terkini atau minat seseorang.

Kebiasaaanya motif taman Inggeris sering menjadi pilihan bagi peminat hiasan dalaman. Setiap ruang dan sudut akan dihiasi dengan motif bungaan serta warna lembut yang romantis.

Sesuai dengan kelembutannya yang menaikkan seri ruang, Kelab Guru dan Anggota Kakitangan Sokongan (AKS) 2020, SMK Gemilang (SMKG), Seberang Perai Utara telah memilih konsep Inggeris untuk pertandingan menghias meja guru di sekolah itu.

Menurut Pengerusi Kelab Guru dan AKS SMKG yang juga guru subjek Prinsip Perakaunan dan Perniagaan, Cikgu Mohd Hafis Mohd Ramzan, Program Transformasi bilik guru dan Pertandingan Deko Impian Guru itu adalah untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan ceria.

“Impak daripada pertandingan tersebut, bilik guru menjadi lebih cantik dan guru rasa bersemangat dan berdedikasi.

“Kos hiasan dalaman keseluruhan bilik guru adalah RM1000, hasil sumbangan koperasi dan Kelab Guru. Manakala hiasan meja guru pula adalam tanggungan guru itu sendiri,”katanya.

Membabitkan keseluruhan warga pendidik, pertandingan julung kali itu mendapat sokongan Pengetua, Azizah Abdul Rahman @ Ramli dan diadili oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), staf sokongan dan pembersihan.  

  

Pemenang pertama menghias meja guru, Cikgu Prema Supramaniam menerima hadia berupa sijil penyertaan daripada Pengetua, Azizah Abdul Rahman

Pada pertandingan itu, Guru Subjek English, Cikgu Prema Supramaniam telah mendapat tempat pertama, dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai beserta sijil penyertaan. Manakala tempat ke dua dan ketiga milik Cikgu Mohd Hafis Mohd Ramzan dan Cikgu Nazeri Ghazali.

Pemenang tempat ke dua, Cikgu Mohd Hafis Mohd Ramzan (kiri) dan ketiga, Cikgu Nazeri Ghazali.