GEORGETOWN – Sekolah Kebangsaan Dato Kramat (SKDK) buat pertama kalinya menerima kunjungan mesra sukarelawan Australia daripada pihak Limited Resource Teacher Training (LRTT), baru-baru ini.

Kunjungan mereka, bersama Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut ke SKDK adalah bagi melihat dengan lebih dekat suasana pembelajaran dijalankan tiga guru yang terlibat dalam menjalani kursus LRTT selama enam hari.

Guru Besar SKDK, Harmizi Mohamed berkata, objektif program itu adalah untuk memantau suasana sekolah, sikap murid pada waktu pembelajaran, melihat perkembangan dan pencapaian guru-guru yang terlibat dalam program LRTT.

Pelbagai aktiviti yang direncanakan turut mendapat sambutan baik daripada murid-murid serta berjalan dengan lancar.

“Murid-murid juga menunjukkan penglibatan yang sangat menggalakkan dalam melaksana tugas masing-masing,” katanya.

Menurutnya, sukarelawan tersebut juga amat berpuas hati dengan suasana dan cara pengajaran para guru di SKDK.