GEORGETOWN - Seramai 25 orang guru dari seluruh negara dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019 hari ini sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia Melati Abdul Hai berkata 25 orang guru itu dipilih kerana telah menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dalam mendidik pelajar-pelajar mereka.

Beliau berkata anugerah yang memasuki tahun ketiga pelaksanaannya itu menerima lebih 7,500 pencalonan daripada orang ramai bermula 1 hingga 31 Mac lepas.

"Pertambahan jumlah pencalonan dari 1,000 orang pada tahun pertama anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2017 kepada lebih 7,500 pencalonan tahun ini membuktikan Malaysia mempunyai ramai guru luar biasa.

"Mereka sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau 'go the extra mile' dan lebih ramai rakyat Malaysia kini merasakan pentingnya penghargaan kepada golongan pendidik seperti ini di negara kita," katanya berucap pada majlis penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald's oleh Ketua Pengarah pelajaran Datuk Dr Amin Senin, di sini semalam.

Melati berkata pihaknya amat gembira dengan sambutan yang cukup menggalakkan terhadap pelaksanaan anugerah itu dan pengiktirafan itu adalah wajar kepada golongan pendidik atas komitmen mereka yang amat memberi inspirasi kepada masyarakat.

Guru V Padmavathy (dua, kiri) yang cacat tangan kiri sejak lahir bergambar dengan 25 guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald's 2019 sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan di Setia Spice Convention Centre semalam. - Foto Bernama
 

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia untuk membaca kisah 25 penerima anugerah itu di bit.ly/mcd-agi2019winners kerana kisah-kisah guru itu mampu menyuntik semangat kepada guru-guru lain malah membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.

"Apabila kami membaca kisah-kisah inspirasi yang dihantar oleh rakyat Malaysia, ia membuatkan kami ingin melakukan lebih banyak lagi untuk para guru," katanya.

Sementara itu, Melati berkata McDonald's Malaysia akan memberikan baucar hidangan percuma bernilai RM4.5 juta kepada lebih 42,000 orang guru di Malaysia sebagai menghargai jasa guru-guru dalam mendidik anak bangsa.

Beliau berkata guru-guru boleh menggunakan baucar ini untuk menebus sama ada hidangan McChicken atau Filet-O-Fish di mana-mana restoran McDonald's di seluruh negara mulai 16 hingga 20 Mei ini.- Bernama

Berita lain:

“Tak sangka cikgu masih tunggu aku… ALLAH”- 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Persembahan memukau Cikgu Donze hingga muncul Johan Kategori Nyanyian Solo

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

 

Lagi foto kemeriahan Festival Guru Malaysia 2019

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin (tiga, kanan) bersama guru-guru yang menerima pelbagai kategori anugerah sempena Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE semalam.- Foto Bernama
 

Guru Sekolah Kebangsaan Rumbia, Melaka Julianty Idris (tengah) menunjukkan anugerah Johan Keseluruhan Guru Inovatif kepada guru-guru yang lain (dari kanan) Kamariah Awang, Mohd Fadzli Ishak, Mohamad Jalil Mohamad Yunus dan Mohd Faruze Iberahim yang juga turut menerima anugerah pelbagai kategori yang disampaikan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin sempena Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE, semalam. - Foto Bernama

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin (barisan belakang lapan, kanan) dan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Aminudin Adam (barisan belakang sembilan, kanan) bergambar bersama guru-guru yang menerima pelbagai kategori anugerah sempena Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE semalam. - Foto Bernama