SIMPANG AMPAT - Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara (SKBTM) menjadi sekolah pertama dari luar negeri Perak yang dipilih oleh Radio Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam kolaboratif pembelajaran media khususnya di radio, Rabu lalu.

Guru Besar SKBTM, Fadzilah Hasan berkata, kolaboratif itu sempena bengkel eksekutif pembelajaran media yang disertai  ahli persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SKBTM.

“Enam pimpinan utama PRS diberi peluang  berinteraksi dengan penyampai  radio secara langsung tanpa disediakan skrip selama satu jam.

“Walaupun begitu, murid- murid dapat menjawab soalan penyampai radio  dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PRS SKBTM, Farah Deeba Azhar berkata, dia berasa teruja dengan peluang  yang diberikan pada bengkel itu.

Bagi Nurfarisya Faridon selaku penerima Anugerah Puteri Young Environmental  Camp 2019 anjuran UNIMAP-IHP UNESCO pula, penyampai radio lebih bertanyakan
pendapat mengenai apakah yang dia lakukan sehingga mendapat anugerah tersebut.