BAYAN LEPAS – Warga Kementerian Pelajaran (KPM) bakal menikmati pelbagai kemudahan dan tawaran menarik sekiranya melancong atau pergi beribadat di Tanah Suci untuk menunaikan umrah menerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Travel & Tours Sdn. Bhd.

Program kembara 12 hari yang mendapat kerjasama daripada syarikat tempatan, Glocal Travel dan WSF Travel itu menawarkan penerbangan ke lebih 10 destinasi termasuk Makkah dan Madinah, Korea, Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Australia serta Jepun.

Pengurus Besar Glocal Travel, Ezuan Azizi Md. Arith berkata, warga KPM hanya perlu membayar RM50 sekiranya mendaftar di rerurai mereka di Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Spice Setia di sini bermula hari ini hingga Khamis.

Beg khas untuk peserta YGMB Travel & Tour Sdn. Bhd.

“Selalunya deposit yang perlu dibayar sebanyak RM500 tetapi sempena festival ini kita hanya perlukan RM50 sahaja. Bakinya perlu dijelaskan sebelum musim haji dan 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

“Untuk ahli YGMB, kita akan beri wang saku sebanyak RM300 yang akan diserahkan ketika berada di Tanah Suci,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, jemaah umrah akan menerima dua beg pakaian beroda, satu beg selimpang dan satu beg galas kecil sebagai nilai tambah bagi menarik penyertaan orang ramai.

Menurut Ezuan, pakej umrah bermula pada harga RM5,990 dengan penerbangan pertama pada Oktober tahun ini diikuti November dan Disember.

Orang ramai juga boleh terbang pada Januari, Februari, Mac dan April tahun depan.

“Kita mempunyai Lesen Khas Umrah (Muasassah) diperoleh daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang memberikan perlindungan kepada bakal Jemaah daripada ditipu,” katanya.

Ezuan Azizi menunjukan beg yang berikan kepada setiap penyertaan warga KPM.

Ujar Ezuan, pihaknya menyasarkan 70 penyertaan sepanjang lima hari festival itu berlangsung.

Setiap pendaftaran akan menerima pelbagai hadiah menarik daripada YGMB.

“Bagi pakej pelancongan pula, kami menawarkan harga dari RM750 hingga RM5,990 mengikut destinasi dan tempoh perjalanan,” katanya.

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke reruai mereka di festival tersebut atau menghubungi YGMB Travel & Tours Sdn. Bhd. menerusi talian 03-4106 6588/03-4105 8650 atau emel ke [email protected]

Artikel berkaitan:

Enam guru ini terima bantuan YGMB pada Festival Guru Malaysia 2019

Guru akan terima 18 manfaat jika jadi ahli YGMB, termasuk kos bantuan guaman sehingga RM30,000

Yayasan Guru Malaysia Berhad martabatkan kebajikan guru